Tuesday, July 19, 2011

Di Sudut Bandara Adi Sucipto

Di sudut Bandara itu
Aku cuba mengimbas kenangan indah
Mengutip sejarah Kraton
Dan melerai kesibukan Malioboro

Di sudut Bandara itu
Ada sepasang mata memerhati
Penuh tanda tanya dalam hati
bertentang mata, namun tanpa bicara
bertukar senyum, namun tanpa mesra
Ada yang menarik, buatku tertarik

Salam pun bersambut
Kehangatan persahabatan mulai terbit
Tetapi sebentar cuma
Entah bila akan bersua semula
Memadu rasa menyulam kalbu

Dalam hujan renyai-renyai
Kota Jogja mula ku tinggalkan
Seribu kenangan ku bawa bersama
Sejuta harapan ku simpan mesra

 
Khas buat Dr. Ado
 
RushMurad
RUANG UDARA JOGJA – BALI
21 JANUARY 2005

No comments:

Post a Comment